Thursday, December 28, 2017

IHTIFAL AIDUL ILMI 2017


Telah berlangsung Ihtifal Aidul Ilmi 2017 Maahad Tahfiz Al Fityan yang berjaya meraikan 4 orang pelajar tahun akhir yang telah berjaya menamatkan hafalan 30 juzu Al Quran. Majlis tersebut turut meraikan pelajar - pelajar yang cemerlang dari segi akademik, akhlak serta sumbangan tenaga kepada Al Fityan.
.
Pelajar Nik Firdaus bin Hj Omar, Muhammad Isyraf bin Ahmad Salleh, Muhammad Adli bin Badron Hisyam dan Muhammad Izzat Hakimin bin Jamuder telah berjaya menamatkan hafalan 30 juzu selama 4 tahun pengajian di Al Fityan. Berkat usaha dan kesungguhan serta doa ibu bapa mereka telah berjaya menjadi ikon pelajar-pelajar lain dalam menempuh pengajian bagi tahun 2018.
.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Al Fadil Ustaz Hj Salim bin Mahmood, Ketua Pemuda PAS DPPNK. Turut hadir Al Fadil Ustaz Fikri bin Ishak Pengarah Jabatan Pendidikan DPPNK serta Ustaz Aizat bin Zakaria Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Al Fityan.
Penyampaian anugerah-anugerah khas turut ditabalkan antaranya Anugerah Huffaz Harapan, Anugerah Bakti Huffaz dan beberapa anugerah lagi.
.
Acara kemuncak pada majlis ini pada penyampaian Sijil Khatam Hafazan 30 Juzu. Majlis sedikit menyentuh emosi apabila ibubapa kepada pelajar yang khatam turut diraikan ketika penyampaian sijil berlangsung.
.
Pihak Maahad Tahfiz Al Fityan mengucapkan jutaan TAHNIAH serta penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menerima sijil dan anugerah pada majlis ini serta mengharapkan dengan kejayaan kali ini sebagai permulaan bagi menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu.



Wednesday, December 6, 2017

RAYUAN DANA PEMBANGUNAN

Alhamdulillah. Hasil daripada bantuan Dato'/Datin/Tuan/Puan sekalian. Bangunan Maahad Tahfiz Al-Fityan hampir nak siap dah. Sekarang kita masih memerlukan peralatan-peralatan kemudahan dalam bangunan sejumlah RM57,000 untuk menampung keperluan bagi keselesaan pelajar yang digunakan pada awal Januari 2018 ini.
.
Barangan yang diperlukan adalah :

- Katil double 10 set termasuk tilam & bantal - RM10K
-🚪🔌Pintu,tingkap,wayering & paiping - RM10K
- ⛑Pagar & Alat keselamatan - RM10K
- 💺Meja & Kerusi 70 set - RM7K
- 👷Upah Tukang - RM20K
.
Jom membantu meringankan bebanan ini dengan menyalurkan dana RM57K atas nama :
.
(MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN)
02084010032508 : BIMB (Bank Islam)
552125567429 : Maybank
110651001111 : Bankrakyat
.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :
013 4669710 (Pengetua Ustaz Md Shukri Bin Sawai)
04 4655141 (Pejabat)
.
Bagi yang berhajat menyumbang, infaq, zakat pendapatan, dan wakaf. Bolehlah menyumbang ke Maahad ini atau hadir di Maahad Tahfiz Al-fityan Kg Setar Yan Kechil.
.
.
Terima kasih kepada anda semua ^_^
Jazakallahu khairon Kasthira

Tuesday, December 5, 2017

MoU BERSAMA KOLEJ ISLAM DARUL ULUM (KIDU)

Telah berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Maahad Tahfiz Al Fityan bersama Kolej Islam Darul Ulum. Majlis berlangsung di dewan mesyuarat KIDU yang dihadiri oleh Mudir Al Fityan Ustaz Md Shukri bin Sawai dan Pendaftar KIDU, Ustaz Abd Ghani bin Abdullah. Tahniah !



Sunday, December 3, 2017

PANGGILAN AKHIR!

Calon-calon yang berkelayakan dipewala untuk memohon temuduga ini bagi sesi pengambilan 2018.
Layari laman ini untuk memohon