Monday, June 20, 2016

MAAHAD TERIMA SUMBANGAN DI MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA 2016


Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Al Fityan telah menerima sumbangan bantuan hari raya di Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya 2016 oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Yang Teramat Mulia Tunku Puan Temenggong Kedah. Untuk berita penuh, KLIK DISINI

Sunday, June 12, 2016

SUMBANGAN RAMADHAN 1437H



Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan kepada pelajar-pelajar Al Fityan. Barangan kering yang mampu bertahan lama seperti kicap, sos, minyak, beras dan gula. Kepada yang ingin nak menyumbang sepanjang bulan Ramadhan ini, sila hubungi Pengetua, Ustaz Shukri 0134669710 atau Ustaz Adli 0195508860 atau Pejabat 044655141.

TADARUS AL QURAN SEPANJANG RAMADHAN 1437H




Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan sedang membaca Al Quran dan menghadiahkan pahala bacaan kepada arwah-arwah oleh waris yang menyertai tadarus sepanjang Ramadhan. Semoga Allah menerima amalan kita. Amin

Wednesday, May 18, 2016

PELABURAN SEPANJANG RAMADHAN SEMUDAH 1,2,3


***************
PELABURAN SEPANJANG RAMADHAN SEMUDAH 1,2,3
***************
Assalamualaikum,
Maahad Tahfiz Al Fityan membuka peluang kepada seluruh muslimin dan muslimat untuk membuat pelaburan sepanjang Ramadhan dengan menghadiahkan PAHALA bacaan 30 Juzu Al Quran kepada arwah-arwah sanak saudara dengan mengikut langkah ini:

1- Baca maklumat gambar borang diatas
2- Sertakan nama-nama arwah
3- Maklumkan kepada pihak pengurusan  (Pejabat 044655141 @ Ust Shukri 013 4669710 @ email tahfizalfityan@gmail.com  )

# Pahala bacaan 30 Juzu Al Quran akan dibacakan oleh pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan
# Sumbangan dari muslimin & muslimat tidak ditetapkan nilai. Hanya mengikut kemampuan.
# Nama-nama arwah boleh diisi tanpa had.
# Hasil sumbangan akan disalurkan ke Dana Ihya Ramadhan Maahad Tahfiz Al Fityan


Saturday, May 7, 2016

JOHAN DI PERTANDINGAN QASIDAH TERBUKA!

Tahniah kepada ahli kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Al Fityan kerana mendapat Johan di pertandingan Qasidah terbuka anjuran Sek Men Agama Makarimul Akhlak semalam. Tahniah!!


Thursday, April 28, 2016

TAMRIN HUFFAZ 2016

KEM TAMRIN HUFFAZ 2016 yang telah berlangsung pada 25 sehingga 27 April 2016 bertempat di Kem Belantara Elit - Original Kuala Nerang, Kedah. Tamrin ini dianjurkan oleh Maahad Tahfiz Al Fityan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Ar Rahman, Alor Merah. Tamrin Huffaz ini bertujuan memberi pendedahan serta ilmu kepada pelajar tentang kepimpinan. Sekalung tahniah juga kepada seluruh adhoc pelaksana yang berjaya membawa pelajar-pelajar sehingga akhir program. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.




Sunday, March 27, 2016

SKUAD BOLA SEPAK AL FITYAN LAYAK KE TEMASYA SUKAN HESA 2016!



Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad bola sepak Maahad Tahfiz Al Fityan kerana mendapat tempat ketiga di saringan Temasya Sukan HESA 2016 bagi Zon Utara yang berlangsung di SMK Batu 17, Guar Chempedak, Yan, Kedah. Maahad Tahfiz Al Fityan juga layak beraksi di Temasya Sukan HESA 2016 dengan merit juara kumpulan A yang akan berlangsung pada 2 April 2016 yang akan bertemu sekolah-sekolah yang mewakili zon selatan.

Monday, February 22, 2016

FAMILY DAY AL FITYAN

Pada 19 Februari 2016, telah berlangsung Family Day Al Fityan yang bertempat di Kem D'Fityan. Majlis disertai oleh Lembaga Tadbir dan kakitangan Maahad Tahfiz Al Fityan bersama waris pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Majlis diserikan dengan taaruf waris, lembaga Tadbir & kakitangan serta game bersama kanak-kanak. Maahad Tahfiz Al Fityan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan family day ini dan berharap dapat diadakan lagi pada masa akan datang.