Wednesday, November 19, 2014

JEMPUTAN PERSEMBAHAN QASIDAH

Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Al Fityan telah dijemput mengadakan persembahan bersama kumpulan Qasidah SRA Al Akhlak Al Islamiah  (sekolah intergrasi faizin SAIF)  dan Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Al Wustha pada Majlis Jamuan Dana Pembangunan SAIF yang berlangsung pada 18 Nov 2014 jam 7.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Terima kasih diatas jemputan.




Monday, November 17, 2014

FINAL CALL

[FINAL CALL]  Anda boleh datang secara terus (walk In) mendaftar Temuduga ambilan pelajar baru sesi 2015 pada 22 Nov 2014 (sabtu) jam 9.00 pagi-9.30 pagi (pendaftaran). Sila bawa gambar ukuran I/c, salinan keputusan @ percubaan UPSR & sijil-sijil yang boleh menyokong kemasukan ke Maahad Tahfiz Al Fityan. KLIK DISINI untuk maklumat serta syarat kemasukan.

"Fast Action, Fast Result!"

Tuesday, October 28, 2014

KEM PRA TAHFIZ 2014

Kem Pra Tahfiz 2014 akan berlangsung pada 24 November sehingga 4 Disember 2014 di Maahad Tahfiz Tarbiyatul Barakah, Kg Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah. Tarikh tutup pada 24 November 2014. Sebarang tempahan, sila hubungi Ust Farhan 013 4604463, Ust Muaz 013 4252534 atau Ust Mustaqim 013 8386594 atau terus datang (walk in) ke kaunter pendaftaran pada hari pendaftaran. Tempat adalah terhad. Kem ini dianjurkan bersama antara Maahad Tahfiz Al Fityan dan Maahad Tahfiz Tarbiyatul Barakah.


Wednesday, October 22, 2014

TABUNG DANA PEMBANGUNAN AL FITYAN

TABUNG DANA PEMBANGUNAN AL FITYAN - kami menyediakan tabung-tabung bagi mengutip dana pembangunan Maahad Tahfiz Al Fityan untuk diletakan di premis perniagaan, kaunter, masjid, surau atau tempat-tempat tumpuan orang ramai. Jika berminat untuk menyertai kerja amal ini, sila hubungi Pegawai Kewangan kami Ustaz Taufik 0134104475



Tuesday, October 7, 2014

MAJLIS QURBAN & JAMUAN HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H

Majlis Qurban & Jamuan Hari Raya Aidil Adha yang telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Zulhijjah 1435H bersamaan 5 Oktober 2014 bertempat di Dataran Maahad Tahfiz Al Fityan. Sebanyak 6 ekor lembu dapat ditumbangkan sumbangan Masjid Kg Setar serta individu sekitar Maahad. Majlis ini dengan usahasama Masjid Kg Setar. Semoga Allah merahmati.



Monday, September 29, 2014

SEGUNUNG TAHNIAH!

Acara Pertandingan Amal Islami 2014 anjuran Pertubuhan Hesa Kedah yang berlangsung pada 25 September 2014 yang lalu bertempat di empat lokasi sekitar Guar Chempedak, Yan, Kedah. Maahad Tahfiz Al Fityan telah merangkul johan nasyid kategori menengah dan naib johan bagi hafazan kategori menengah. Antara acara yang disertai oleh Maahad Tahfiz Al Fityan adalah pidato Bahasa arab dan tilawah Al Quran. Adat pertandingan, insyallah berentap lagi tahun depan.




Thursday, September 11, 2014

WAQAF REHAL

WAQAF REHAL -  Kami mengalu-alukan kepada pewaqaf yang sudi mewaqafkan rehal bagi kemudahan pelajar Maahad meneruskan pengajian. Sasaran 100 unit rehal. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengetua (ust Muaz) 013 4252534 Pegawai kewangan (ust Taufik) 0134104475.


Wednesday, September 3, 2014

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2015

Pengambilan pelajar baru sesi 2015 dibuka sekarang. Muat turun borang secara atas talian (online) di pautan ini.
muat turun disini