Thursday, March 29, 2018

SKUAD TAKRAW AL FITYAN TEMPAT KETIGA TEMASYA SUKAN HESA 2018

Tahniah ! kepada team sepak takraw Maahad Tahfiz Al Fityan kerana memenangi tempat ke 3 bagi sepak takraw menengah di Temasya Sukan HESA yang berlangsung di IPGKSAH, Sungai Petani.












Wednesday, March 28, 2018

SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Slot Ilmu Bulanan Maahad Tahfiz Al-Fityan sesi Bulan Mac 2018 !! 🔊🔊
.
LIVE LIVE LIVE
Sebarkan Sebarkan...
Slot Ilmu Bulanan bertempat di Dewan Maahad Tahfiz Al-Fityan
.
Tentatif kuliah :
10.30 AM : Kitab Manhaj Quarani
~ Ustaz Md Shukri bin Sawai Pengetua Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan Kechil
.
11.00 AM : Kitab Qaulu Tam
~ Ustaz Hj Mohd Nizam bin Md Noh Tuan Imam Masjid Al-Wustho, Guar Chempedak
.
Klik dan Tonton LIVE streaming FB di Page Official Maahad Tahfiz Al-Fityan
https://www.facebook.com/maahadalfityan/
.
# Sumbangan dana pembangunan Surau dan Dewan untuk keselesaan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fityan amat dialu-alukan.
.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN
552125567429 (MAYBANK)
.
Anjuran :
Maahad Tahfiz Al-Fityan


Friday, March 16, 2018

USTAZ NABIL AHMAD BERSAMA PELAJAR AL FITYAN

Alhamdulillah. Pagi ini Maahad Tahfiz Al-Fityan menjemput Ustaz Nabil bin Ahmad memberi perkongsian motivasi kepada anak-anak pelajar Al-Fityan. Ustaz Nabil dikenali ramai Ahli Kumpulan Nasyid Fareast yang kini sedang aktif di media massa dan corong Radio.
Beliau kini di kaca TV sebagai Pengacara bagi Rancangan Tilawah Interaktif RTM TV1 dan Pengacara/Penceramah TV AlHijrah.



Thursday, March 15, 2018

SARINGAN BOLA SEPAK HESA ZON UTARA 2018

FT
Fityan (1) vs (3) SMIDU
KUMPULAN A
1- SMIDU (6 mata) 6 gol
2- fityan (3mata) 4 gol
3- sma makarimul akhlak (Tarik penyertaan)
SMIDU layak ke temasya sukan hesa sbg juara KUMPULAN A.
Tahniah!
Tahun dpn cuba lg fityan







Monday, March 12, 2018

BANTUAN TENAGA KEPADA MANGSA RIBUT BUKIT BESAR

Hari ini pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan melakukan kerja amal dengan memberi bantuan tenaga gotong royong membersihkan kawasan bencana puting beliung di Kampung Gelam, Bukit Besar, Kota Sarang Semut. Seramai 65 orang tenaga diturunkan untuk memberi kerjasama Unit Amal Malaysia bagi negeri Kedah mengembleng tenaga membantu penduduk yang terkena bencana. 
Tahniah diucapkan 

👍










Thursday, March 8, 2018

DAURAH KITAB "MUAFIQ & MASBUQ''

Telah berlangsung Majlis Daurah Kitab Masalah Muafiq & Masbuq yang disampaikan oleh Ustaz Amirul Amri bin Abdul Latif. Majlis berlangsung selama 2 hari merangkumi 3 sesi pengajaran. 
Alhamdulillah, pelajar dapat bersama-sama mengkhatamkan kitab tersebut tepat jam 12.07 pagi 8 Mac 2018. Segunung Tahniah diucapkan !