Wednesday, November 22, 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2017


Telah berlangsung Lawatan Sambil Belajar 2017 ke negeri Johor dan Melaka. Lawatan berlangsung pada 15 November 2017 sehingga 18 November 2017 yang lalu.
Lawatan kali ini menfokuskan kepada lawatan ke maahad - maahad tahfiz sekitar Johor dan misi kemanusiaan ke kampung orang asli di Mersing.
Rombongan seramai 39 orang murid dan 13 orang guru pengiring termasuk keluarga telah bertolak pada malam 15 November 2017. Sebuah bas tajaan Tanjung Mewah dan sebuah van komuter sewa telah digunakan untuk rombongan kali ini.

Rombongan tiba di Johor pada pagi 16 November 2017 dengan melawat destinasi pertama iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Sidi Ibrahim Ar Rasyid, Johor Baharu.
Di MTQSIR, pihak rombongan di bawa melawat sekitar maahad dan bersama pelajar-pelajar disana bersuai kenal. Disamping itu juga, pertukaran idea dan perjalanan antara dua pengurusan turut berlangsung. Perjanjian persefahaman (MoU) turut dimetrai pada lawatan ini.























Seterusnya, rombongan bertolak ke destinasi kedua iaitu Maahad Tahfiz Al Khairiah, Mersing.
Setibanya disana, ahli rombongan disambut oleh pentadbiran Maahad Tahfiz Al Khairiah. Ahli rombongan juga disediakan penginapan disana dan jamuan turut disediakan. Pada sebelah malam majlis pengenalan dan suaikenal turut berlangsung di dewan MT Al Khairiah.














Pada pagi 17 November 2017, kumpulan rombongan telah dibawa memasuki perkampungan orang asli Tanjung Tuan Endau. Sebanyak 30 buah keluarga telah menerima beras serta risalah dakwah. Misi ini dibantu oleh Jabatan Amal Mersing dengan dipantau oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Setelah selesai melaksanakan misi, ahli rombongan terus bertolak ke Melaka.


















Rombongan tiba di Melaka pada jam 7 malam di Pantai Puteri untuk bermalam di sana. Sebelum ahli rombongan bermalam, satu majlis BBQ telah berlangsung di Pantai Puteri. Majlis berlangsung dengan penuh meriah disamping kesedapan tiupan angin pantai.









Pada sebelah pagi 18 November 2017, ahli rombongan melakukan lawatan rasmi ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Ahli rombongan disambut meriah oleh pihak pengurusan Pusat Islam KUIM dengan memberi pengenalan tentang pengajian yang berlangsung disitu.















Setelah itu, rombongan bertolak ke Bandarhilir untuk melawat tempat-tempat bersejarah sekitar Dataran Pahlawan.








Pada sebelah petang, ahli rombongan dibawa ke muzium kapal selam yang terletak di Pantai Klebang. Seterusnya, misi street dakwah telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Al Fityan disekitar Pantai Klebang.










Acara street Dakwah dimulakan dengan alunan Qasidah di tepi pantai dan seterusnya diedarkan risalah dakwah kepada pengunjung. Street Dakwah ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang dakwah dilapangan. Street Dakwah ini dipantau oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).





















 Setelah selesai, ahli rombongan bertolak pulang ke Kedah dan tiba pada pagi 19 November 2017.
Sekalung penghargaan kepada Maahad Tahfiz al Quran Sidi Ibrahim ar Rasyid, Pertubuhan Al Khairiah, Jabatan Amal Mersing, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM), Tanjung Mewah Holiday (tajaan bas) serta seluruh adhoc pelaksana yang menjayakan program ini.



No comments:

Post a Comment