Sunday, November 26, 2017

PERHIMPUNAN TAHUNAN AMAL

Tahniah diucapkan kepada 10 orang peserta dari Maahad Tahfiz Al Fityan yang mewakili Kawasan Jerai dalam Perhimpunan Tahunan Amal yang berlangsung di Sedim, Kulim. Mereka memenangi Naib Johan bagi kategori Gerbang/ Gajet Terbaik.


Saturday, November 25, 2017

MAJLIS CERAMAH AGAMA & PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF

Telah berlangsung Majlis Ceramah Agama dan Penyerahan Sumbangan kepada asnaf zakat di Dewan Maahad Tahfiz Al Fityan. Majlis ini mendapat kerjasama dari Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman , Majlis Agama Islam Negeri Kedah Daerah Yan dan ERA EDAR MARKETING SDN BHD. Majlis berlangsung dengan ceramah agama oleh Syeikh Yusuf bin Hj Ahmad, Khadi Daerah Yan. Setelah itu, majlis diteruskan dengan penyampaian kit sumbangan  oleh Pegawai LZNK bagi Daerah Yan, Ustaz Lokman dan wakil Era Edar, Encik Taufik bin Hj Azizan kepada 30 asnaf zakat bagi Kampung Setar, kampung Perupok dan Kampung Perigi.




KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2.0

Telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah 2.0 di Maahad Tahfiz Al Fityan. Kursus disampaikan oleh Ustaz Khairul Nizar wakil Jabatan Agama Islam Daerah Yan yang sudi memberikan ilmu fardhu kifayah ini.



Wednesday, November 22, 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2017


Telah berlangsung Lawatan Sambil Belajar 2017 ke negeri Johor dan Melaka. Lawatan berlangsung pada 15 November 2017 sehingga 18 November 2017 yang lalu.
Lawatan kali ini menfokuskan kepada lawatan ke maahad - maahad tahfiz sekitar Johor dan misi kemanusiaan ke kampung orang asli di Mersing.
Rombongan seramai 39 orang murid dan 13 orang guru pengiring termasuk keluarga telah bertolak pada malam 15 November 2017. Sebuah bas tajaan Tanjung Mewah dan sebuah van komuter sewa telah digunakan untuk rombongan kali ini.

Rombongan tiba di Johor pada pagi 16 November 2017 dengan melawat destinasi pertama iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Sidi Ibrahim Ar Rasyid, Johor Baharu.
Di MTQSIR, pihak rombongan di bawa melawat sekitar maahad dan bersama pelajar-pelajar disana bersuai kenal. Disamping itu juga, pertukaran idea dan perjalanan antara dua pengurusan turut berlangsung. Perjanjian persefahaman (MoU) turut dimetrai pada lawatan ini.

Friday, November 10, 2017

RAYUAN SUMBANGAN

Assalamualaikum w.r.t...💐

Yg Berbahagia
*Dato'/Datin/Tuan/Puan*

*RAYUAN SUMBANGAN*

Bagi menyempurnakan
bangunan kelas pengajian al-Quran yg berbaki 15% sahaja lg, Tahfiz amat mmerlukan dana sejumlah *RM57k* untuk menampung keperluan bg keselesaan pelajar yg digunakan pada awal disember 2017 ini.

Barangan yg diperlukan adalah :
🛏Katil duble 10 set trmasuk tilam & bantal - RM10k
🚪🔌Pintu,tingkap,wayering & paiping - RM10k
⛑Pagar & alat keselamatan - RM10k
💺Meja & kerusi 70 set - RM7k
👷🏿Upah tukang - RM20k

Kami merayu kepada Dato/Datin/Tuan/Puan untuk mmbantu meringankan bebanan ini dengan menyalurkan dana *RM57k* atas nama

MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN
02084010032508 : BIMB
552125567429 : Maybank
110651001111 : Bankrakyat

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :
013 4669710 Pengetua
04 4655141 Pejabat

Semoga dengan sumbangan/infak/derma/wakaf & hebah ini, Allah s.w.t akan  mmbalas jasabaik kalian semua dengan syurga & dihapuskan segala dosa yg telah dilakukan.


Yg menjalankan tugas :

MD SHUKRI BIN SAWAI
Pengetua
Maahad Tahfiz Al-Fityan
F-743 Jalan Lubuk Gajah
Kampung Setar 06900
Yan Kedah Darul Aman
(8 Nov : 4.00 pm)