Monday, June 17, 2019

JAMUAN MAHABBAH AIDILFITRI 1440H

Telah berlangsung majlis Jamuan Mahabbah Aidilfitri pada 15 Jun 2019 bertempat di Dataran Maahad Tahfiz Al Fityan, Yan. Majlis berlangsung penuh gemilang kerana dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan serta jemputan dari kalangan waris, penduduk kampung serta mendapat sambutan dari alumni Al Fityan.
.
Dianggarkan sekitar 400 org telah hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut yang dihidangkan dengan pelbagai juadah. 
.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan serta menaja bagi kelangsungan majlis jamuaan mahabbah ini.