Thursday, September 12, 2019

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2020 DIBUKA !


Pendaftaran Pelajar Baru sesi 2020 telah dibuka. Sila dapakan borang pendaftaran di Pejabat Al Fityan atau muat turun di Google Drive di pautan ;


atau isian secara online di Google Form pada pautan :


Thursday, August 15, 2019

MAJLIS KORBAN AL FITYAN 1440H

Telah berlangsung majlis ibadah korban peringkat Maahad Tahfiz Al Fityan pada 14 Ogos 2019. Sebanyak 2 ekor lembu berjaya ditumbangkan yang disertai oleh 14 orang peserta. Jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir bersama-sama mengembleng tenaga bagi menjayakan majlis ini.




Monday, June 17, 2019

JAMUAN MAHABBAH AIDILFITRI 1440H

Telah berlangsung majlis Jamuan Mahabbah Aidilfitri pada 15 Jun 2019 bertempat di Dataran Maahad Tahfiz Al Fityan, Yan. Majlis berlangsung penuh gemilang kerana dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan serta jemputan dari kalangan waris, penduduk kampung serta mendapat sambutan dari alumni Al Fityan.
.
Dianggarkan sekitar 400 org telah hadir bersama-sama meraikan majlis tersebut yang dihidangkan dengan pelbagai juadah. 
.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan serta menaja bagi kelangsungan majlis jamuaan mahabbah ini.











Friday, May 31, 2019

MAJLIS IFTHAR JAMAIE 1440H

Telah berlangsung Majlis Ifthar Jamaie bersama waris dan jemputan pada 30 Mei 2019 bersamaan 25 Ramadan 1440H. Majlis berlangsung turut menyampaikan sumbangan duit raya serta bantuan barangan makanan asas kepada asnaf terpilih. Turut disertai juga Masjid Al Kauthsar Kampung Setar yang menaja makanan berbuka puasa.









Wednesday, May 29, 2019

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BARANGAN ASASI & DUIT RAYA 1440H

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Asasi dan Duit raya kepada kakitangan Maahad Tahfiz Al Fityan. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Ustaz Mohd Aizat bin Zakaria, Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Al Fityan memerangkap Pengarah Jabatan Pendidikan DPPNK.





Wednesday, April 17, 2019

DANA IHYA RAMADHAN 1440H

[AL FITYAN INFO]

Assalamualaikum.

Maahad Tahfiz Al Fityan membuka peluang kepada penyumbang yang ingin menaja Ifthor dan Sahur sepanjang Ramadhan 1440H kali ini.

Maklumat sumbangan seperti berikut ;


Bilangan pelajar : 60 orang

Tarikh : 1 - 25 Ramadhan 1440H

Nilai : Ifthor (berbuka) RM300/hari

           Sahur RM300/hari

-------------


Penyumbang juga boleh menyumbang barangan mentah seperti:

- Minyak masak

-Telur

-Gula

- Bawang

- Teh

- kordial

- Susu tin

- Sos

- kicap

- Kurma

- Beras


Sebarang pertanyaan dan makluman sila hubungi :

Ust Syukri 013 4669710

Ust Sufiyan 019 4074017


📩tahfizalfityan@gmail.com

🖱FB : maahadfityan

🖥 blog : maahadfityan.blogspot.com

Wednesday, February 20, 2019

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN 2019

Telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak antara SMI Taqwa/ Pondok Hj Majid   menentang Maahad Tahfiz Al Fityan yang berlangsung di Padang Awam Sg Bongkok, Jalan Jeniang. 

.

Perlawanan berlangsung penuh dramatik serta komitmen diantara kedua-dua pasukan ditonjolkan dalam perlawanan tersebut.

.

Pertukaran pemain dapat disaksikan oleh kedua-dua pasukan bagi memilih pemain yang sesuai bagi setiap posisi serta formasi.

.

Perlawanan tersebut menyaksikan SMIT/PHM membuka jaringan pada separuh masa pertama. Tersentak dengan itu, Maahad Tahfiz Al Fityan terus bekerja keras memburu gol penyamaan dan usaha itu berhasil apabila gol penyamaan hadir pada lewat permainan separuh masa kedua. 

.

Gol 1-1 terikat sehingga wisel penamat ditiupkan. Kedua-dua pasukan berpuas hati walaupun tiada pasukan dinobatkan menang dalam perlawanan ini. Perlawanan ini turut diadili oleh Ustaz Mohamad Ismail . 

.

Perlawanan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain sebelum berlangsung perlawanan Temasya Sukan HESA di peringkat saringan yang bakal berlangsung pada 13 dan 14 Mac nanti. 

.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan.



Tuesday, February 5, 2019

SUMBANGAN WAKAF BANTAL DAG

Telah berlangsung majlis sumbangan Wakaf bantal DAG (Das Abdul Global) oleh wakil pewakaf memerangkap agen DAG, Puan Zurita. Turut serta Setiausaha Jemaah Waris & Guru (JWG) Maahad Tahfiz Al Fityan, Encik Ridhuan sebagai pengelola projek wakaf bantal DAG ini.
.
Sebanyak 80 biji bantal DAG diwakafkan kepada pelajar Al Fityan.
.
Projek wakaf ini berlangsung tahun lalu berjaya mendapatkan pewakaf-pewakaf yang menyertai projek ini.
.
Semoga Allah memberikan rahmatNya dalam menjayakan projek wakaf ini. Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua


















Monday, February 4, 2019

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) AL FITYAN

Telah berlangsung Latihan Kebakaran ( Fire Drill) yang dikelolai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pulau Pinang cawangan Bukit Mertajam. Turut serta pelatih APAM Politeknik Seberang Perai yang melakukan khidmat masyarakat membersihkan kawasan taman Maahad Tahfiz Al Fityan. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti tersebut.






Friday, February 1, 2019

MESYUARAT AGUNG JEMAAH WARIS & GURU 2019

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Jemaah Waris & Guru (JWG) Maahad Tahfiz Al Fityan dengan jayanya. Majlis tersebut di rasmikan oleh Ustaz Wan Amirul Asyraf selaku wakil kepada YB Ustaz Salim Mahmod serta turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Aizat Zakaria selaku Pengerusi Lembaga Tadbir maahad.
.
Mesyuarat JWG kali ini menyaksikan pertukaran pimpinan JWG sesi lepas dan digantikan Pengerusi dan AJK JWG yang baru bagi sesi 2019/2021.
.
Pengerusi yang baru telah diberikan amanah kepada Ustaz Muhamad Hasimi. Semoga perlantikan ini memberi impak yang terbaik bagi kelastarian halatuju Maahad Tahfiz Al Fityan. Tahniah !