Wednesday, February 20, 2019

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN 2019

Telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak antara SMI Taqwa/ Pondok Hj Majid   menentang Maahad Tahfiz Al Fityan yang berlangsung di Padang Awam Sg Bongkok, Jalan Jeniang. 

.

Perlawanan berlangsung penuh dramatik serta komitmen diantara kedua-dua pasukan ditonjolkan dalam perlawanan tersebut.

.

Pertukaran pemain dapat disaksikan oleh kedua-dua pasukan bagi memilih pemain yang sesuai bagi setiap posisi serta formasi.

.

Perlawanan tersebut menyaksikan SMIT/PHM membuka jaringan pada separuh masa pertama. Tersentak dengan itu, Maahad Tahfiz Al Fityan terus bekerja keras memburu gol penyamaan dan usaha itu berhasil apabila gol penyamaan hadir pada lewat permainan separuh masa kedua. 

.

Gol 1-1 terikat sehingga wisel penamat ditiupkan. Kedua-dua pasukan berpuas hati walaupun tiada pasukan dinobatkan menang dalam perlawanan ini. Perlawanan ini turut diadili oleh Ustaz Mohamad Ismail . 

.

Perlawanan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain sebelum berlangsung perlawanan Temasya Sukan HESA di peringkat saringan yang bakal berlangsung pada 13 dan 14 Mac nanti. 

.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan.



Tuesday, February 5, 2019

SUMBANGAN WAKAF BANTAL DAG

Telah berlangsung majlis sumbangan Wakaf bantal DAG (Das Abdul Global) oleh wakil pewakaf memerangkap agen DAG, Puan Zurita. Turut serta Setiausaha Jemaah Waris & Guru (JWG) Maahad Tahfiz Al Fityan, Encik Ridhuan sebagai pengelola projek wakaf bantal DAG ini.
.
Sebanyak 80 biji bantal DAG diwakafkan kepada pelajar Al Fityan.
.
Projek wakaf ini berlangsung tahun lalu berjaya mendapatkan pewakaf-pewakaf yang menyertai projek ini.
.
Semoga Allah memberikan rahmatNya dalam menjayakan projek wakaf ini. Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua


















Monday, February 4, 2019

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) AL FITYAN

Telah berlangsung Latihan Kebakaran ( Fire Drill) yang dikelolai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pulau Pinang cawangan Bukit Mertajam. Turut serta pelatih APAM Politeknik Seberang Perai yang melakukan khidmat masyarakat membersihkan kawasan taman Maahad Tahfiz Al Fityan. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti tersebut.






Friday, February 1, 2019

MESYUARAT AGUNG JEMAAH WARIS & GURU 2019

Telah berlangsung Mesyuarat Agung Jemaah Waris & Guru (JWG) Maahad Tahfiz Al Fityan dengan jayanya. Majlis tersebut di rasmikan oleh Ustaz Wan Amirul Asyraf selaku wakil kepada YB Ustaz Salim Mahmod serta turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Aizat Zakaria selaku Pengerusi Lembaga Tadbir maahad.
.
Mesyuarat JWG kali ini menyaksikan pertukaran pimpinan JWG sesi lepas dan digantikan Pengerusi dan AJK JWG yang baru bagi sesi 2019/2021.
.
Pengerusi yang baru telah diberikan amanah kepada Ustaz Muhamad Hasimi. Semoga perlantikan ini memberi impak yang terbaik bagi kelastarian halatuju Maahad Tahfiz Al Fityan. Tahniah !