Thursday, November 19, 2015

HADIR TEMUDUGA SECARA WALK IN !

PELUANG MASIH TERBUKA -
Tidak sempat isi borang? Jangan risau, hadir terus secara WALK IN ke sesi temuduga yang akan berlangsung pada :-
 TARIKH : 21 NOV 2015
 TEMPAT : MAAHAD TAHFIZ AL FITYAN
 JAM : 9.00 PAGI

Keperluan isi borang walk in:
1) Satu keping gambar berukuran pasport
2) Satu salinan kad pengenalan
3) Satu salinan keputusan UPSR

Keperluan sesi temuduga :
1) Calon pelajar
2) wudhuk
3) Al Quran (disediakan)
4) Alatan tulis (bagi sesi ujian bertulis)

# sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Sufiyan 019 4074017

''FAST ACTION, FAST RESULT!"


Sunday, October 4, 2015

Monday, September 21, 2015

FASA PERTAMA BANGUNAN 2 TINGKAT BERMULA

Alhamdulillah, projek membina bangunan 2 tingkat sudah bermula bagi fasa pertama. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana. Jom infaq lagi dana dengan menyumbang ke akaun Bank Islam atas nama TABUNG PEMBANGUNAN AL FITYAN
02084010033738

Saturday, September 12, 2015

PERTANDINGAN AMAL ISLAMI HESA 2015

InsyAllah, Al Fityan akan bertarung lagi pada tahun ini. Jom sama-sama turun memberi sokongan pada 16 Sept 2015 nanti di Madrasah Azzubaidiah, Merbok, Kedah

Tuesday, August 18, 2015

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI & PERASMIAN PECAH TANAH

Pada 7 Ogos 2015 yang lalu, Maahad Tahfiz Al Fityan telah berjaya melaksanakan majlis Jamuan Aidilfitri dan Perasmian Pecah tanah bangunan baru yang disempurnakan oleh Yhbg. Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Ahmad Fakhrurazi ynag merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Majlis berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan seluruh penduduk kampung dan tetamu luar. Majlis diserikan lagi dengan gimik perasmian pecah tanah ditapak baru yang bakal dibina bangunan dua tingkat yang bernilai RM450,000. Sebarang sumbangan boleh di salurkan ke akaun BIMB atas nama TABUNG PEMBANGUNAN AL FITYAN bernombor 02084010033738. Segala sumbangan dari penyumbang amat diharapkan.





Tuesday, August 4, 2015

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI & PERASMIAN PECAH TANAH

Assalamualaikum W.B.T
JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI & PERASMIAN PECAH TANAH MAAHAD TAHFIZ AL FITYAN
Sukacita Dato/Datin/Tuan/Puan dijemput ke majlis tersebut pada ketetapan berikut;
TARIKH : 7 OGOS 2015
HARI : JUMAAT
TEMPAT : MAAHAD TAHFIZ AL FITYAN, KG SETAR, YAN, KEDAH
MASA : 9.00 PAGI - 3.00 PETANG

Tentatif majlis seperti berikut;
9.00 pagi - Kehadiran tetamu
9.30 pagi - solat hajat
9.45 pagi Aluan pengerusi majlis
10.15 pagi - Bacaan ayat suci Al Quran
10.45 pagi - Ucapan Pengerusi Lembaga Tadbir Maahad Tahfiz Al Fityan (Ustaz Idrus bin Ahmad)
10.45 pagi - Ucapan perasmian oleh Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Ahmad Fakhrurazi (Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah)
11.30 pagi - Gimik pelancaran pecah tanah dan pelncaran dana
11.45 pagi - Jamuan perdana Aidil fitri & pemberian duit raya kepada kanak-kanak.

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

Mohon untuk viralkan maklumat ini. Terima Kasih.

Tuesday, July 14, 2015

IFTHOR JAMAIE TAJAAN YAYASAN TAN SRI SM NASIMUDDIN

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin yang sudi menaja ifthor jamaie bagi pelajar dan guru Maahad Tahfiz Al Fityan bertempat di Restoran Pohon Kitchen, Guar Chempedak.




Thursday, June 18, 2015

SALAM RAMADHAN 1436H

Ramadhan Kareem. Maahad Tahfiz Al Fityan mengucapkan selamat menyabut dan menunaikan ibadah Ramadhan 1436H. Semoga amalan diterima oleh Allah SWT. Amin.

Thursday, June 11, 2015

ZIARAH MAHABBAH DARI MAAHAD TAHFIZ AL AMIN, BANGI

Pada 9 Jun 2015 yang lalu, Maahad Tahfiz Al Fityan telah menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Al Amin dari Bangi, Selangor yang melakukan ziarah mahabbah ke Kedah. Seramai 27 orang pelajar telah berkunjung ke Al Fityan dan merasai keindahan serta beramah mesra. Ziarah ini juga telah membawa pelajar Al Fityan bersama pelajar Al Amin menaiki puncak Gunung Jerai dan bermalam disana. Suasana begitu teruja apabila dapat melihat matahari terbenam melalui puncak tertinggi di Kedah tersebut. Jutaan terima kasih diatas kunjungan ini. "Jika ada sumur diladang, boleh menumpang mandi. Jika ada umur dan usia yang panjang, insyallah akan bertemu lagi ".







Monday, June 1, 2015

PROGRAM TADARUS AL QURAN SEPANJANG RAMADHAN 1436H


Assalamualaikum. Maahad Tahfiz Al Fityan sekali lagi menawarkan program tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan pada tahun ini bagi waris-waris yang ingin menghadiahkan bacaan Al Quran kepada arwah-arwah yang telah meninggal dunia oleh pelajar Al Fityan.
Sehubungan dengan itu, waris- waris yang ingin berbuat demikian, boleh memberi nama arwah kepada pihak kami melalui :-

1)Pos - Maahad Tahfiz Al Fityan, F 743, Jalan Lubuk Gajah, Kampung Setar, 06900 Yan, Kedah

2) Tel /SMS:- Pejabat 04 4655141 atau Ust Syukri - 013 4669710 atau Ust Azman - 013 5288464

3) Email :- tahfizalfityan@gmail.com

4) PM page facebook :- https://www.facebook.com/maahadalfityan

Jumlah sumbangan tidak tertakluk dan nama arwah yang meninggal boleh diletakkan seberapa ramai yang dihajatkan.Setiap kali selepas bacaan tadarus akan disertakan tahlil arwah.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan ifthor/infaq bagi pelajar sepanjang Ramadhan ini.

Segala sumbangan dermawan sekalian, didoakan moga Allah memberkati amal yang dibuat. Amin. Terima Kasih.

Monday, May 18, 2015

SEKITAR JEMPUTAN PROGRAM 16 MEI 2015

Pada 16 Mei 2015 yang lalu, Maahad Tahfiz Al Fityan telah mendapat 4 jemputan majlis sekitar Kedah. Majlis tersebut ialah ;-
1) Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 , Kompleks PAS Kedah, Batu 9 , Kota Sarang Semut
2) Karnival Israk Mikraj Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, Alor Setar
3) Majlis Khatam Hadis Sahih Bukhari , Bukit Choras, Pendang
4) Majlis Sambutan Hari Guru (anjuran ERA EDAR) Hotel TH, Kepala Batas, Alor Setar

Berikut adalah gambar-gambar sekitar 4 majlis tersebut.




Sunday, May 10, 2015

PENAJAAN MINUMAN CHOCO LATTE DARI ERA EDAR

10 Mei 2015, Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd hari ini telah bersetuju bagi menaja minuman kesihatan minda Choco Latte kepada pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Penajaan tersebut disampaikan oleh wakil Era Edar, Dr Jamal. Sekalung penghargaan serta terima kasih kepada Era Edar kerana sudi menaja kepada Al Fityan.




HIMPUNAN PENDIDIK ISLAM MALAYSIA 3.0


Tuesday, April 28, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH MUSABAQAH HAFAZAN

KATEGORI 5 JUZU


KATEGORI JUZU 30


Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Musabaqah Al Quran peringkat Maahad Tahfiz Al Fityan pada 26 April 2015 yang lalu di dataran Al Fityan. Hadiah disampaikan oleh tuan pengetua Maahad Tahfiz Al Fityan, Berikut adalah pemenang mengikut kategori;

KATEGORI JUZU 30 ;-
PERTAMA - Ahmad Rusyaidi bin Yusrizal
KEDUA - Nik Hamdi Jaafar bin Omar
KETIGA - Ku Jalaluddin Anas bin Ku Abd Rahman

KATEGORI 5 JUZU:-
PERTAMA - Luqmanul Hakim bin Ab. Rashid
KEDUA - Ahmad Dhiyauddin bin Mohamad Hayazi
KETIGA - Muhammad Ubaidah bin Ahmad Sauti

Thursday, April 23, 2015

MUSABAQAH HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT MAAHAD

Hari ini telah berlangsung majlis Musabaqah Hafazan Al Quran peringkat Maahad Tahfiz Al Fityan. Seramai 6 peserta telah menyertai bagi kategori juzu 30 dan 12 peserta bagi kategori 5 juzu. Majlis musabaqah ini dianjurkan oleh Hal Ehwal Akademik. Tahniah serta penghargaan kepada semua peserta yang menyertai musabaqah pada kali ini.


Thursday, April 16, 2015

MEMOHON SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN


PROGRAM MOTIVASI DIRI KEPADA PELAJAR AL FITYAN

Alhamdulillah, hari ini pelajar Al Fityan mendapat jemputan oleh Maahad Tahfiz Al-Wustha​ bagi program motivasi diri yang berlangsung di Masjid Al Wustha, Guar Chempedak. Program ini di sampaikan oleh Sir Azman dan Ustaz Wadi Anuar. Terima kasih atas jemputan.



LAWATAN MAHABBAH DARI ERA EDAR

Pada hari ini 16 April 2015, Maahad Tahfiz Al Fityan telah menerima kunjungan mahabbah oleh CEO Era Edar Marketing Sdn Bhd. Turut hadir isteri pengasas Era Edar, Puan Dr Hamsiah binti Ismail bersama membuat ziarah mahabbah serta memberi sumbangan. Terima kasih diatas kunjungan ini.









Monday, April 13, 2015

MUHADHOROH PERDANA

Pada 9 April 2015 yang lalu, telah berlangsung majlis Muhadhoroh Perdana yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Ko-kurikulum Maahad Tahfiz Al Fityan. Tema bagi muhadhoroh kali ini adalah khutbah jumaat yang cuba mencungkil bakat serta pengalaman kepada pelajar sebelum bergelar huffaz. Peserta dinilai dari sudut isi, gaya serta kefasihan dalam menyampaikan khutbah jumaat. Seramai 7 pengkhutbah harapan mempersembahkan khutbah masing-masing yang mewakili 7 kumpulan usrah yang dibentuk oleh naqid dikalangan guru-guru. Segunung penghargaan kepada pengkhutbah yang berani mencabar diri serta menimba pengalaman.


Thursday, March 5, 2015

SKUAD AL FITYAN DI PERTANDINGAN SUKAN SOKOLAH- SEKOLAH HESA 2015

 Alhamdulillah, skuad Al Fityan telah menyertai pertandingan sukan sekolah-sekolah HESA yang berlangsung pada 5 Mac 2015 bagi zon utara bertempat di SMKA Yan. Adat pertandingan, insyallah Al Fityan akan berusaha lagi pada penyertaan tahun hadapan. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam membentuk skuad Al Fityan ini dan semua yang bertungkus lumus serta mendoakan kejayaan Al Fityan.

Wednesday, March 4, 2015

PERTANDINGAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH HESA 2015 (PERINGKAT ZON)

Maahad Tahfiz Al Fityan akan menghantar wakil skuad bola sepak bagi kategori menengah untuk pertandingan sekolah-sekolah HESA 2015. Pada kali ini, Maahad Tahfiz Al Fityan di undi bersama SMIDU dan SMART dalam kumpulan D yang bakal menyaksikan perlawanan sengit. Skuad Al Fityan dikelaskan di zon utara yang akan berlangsung pada 5 Mac 2015 bertempat di SMK Agama Yan. Semoga kemenangan berpihak kepada skuad Al Fityan. "Luaskan Al fityan mu"!.

Sunday, February 1, 2015

MAJLIS PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN HUFFAZ 2015 (MPH 2015)

Hari ini 1 Februari 2015, telah berlangsung majlis perlantikan Majlis Perwakilan Huffaz 2015 (MPH 2015) di Dewan Maahad Tahfiz Al Fityan. Seramai sembilan orang pelajar dilantik menjadi ahli majlis perwakilan bagi sesi 2015. Majlis dirasmikan oleh Pengetua Maahad Tahfiz Al Fityan, Ustaz Md Shukri Sawai. Sebagai simbolik perlantikan, ahli majlis dipakaikan vest oleh pengetua. Tahniah diucapkan!



MAJLIS KESYUKURAN

Telah berlangsung jamuan kesyukuran yang telah dibuat oleh seorang waris pelajar dan jiran-jiran sekitar Maaahad Tahfiz Al Fityan pada 31 Januari 2015 lalu.Jamuah berlangsung pada sebelah petang dan dihadiri oleh guru-guru, pelajar dan waris pelajar yang datang menziarah. Semoga Allah memberkati usaha murni ini.




PEMILIHAN PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK AL FITYAN

Pada 29 Januari 2015 lalu, telah berlangsung program sukan bersama ahli-ahli usrah bagi mencari pemain pelapis skuad bola sepak Maahad Tahfiz Al Fityan bagi menghadapi temasya sukan HESA yang akan berlangsung kelak. Beberapa pemain muda dan senior dikenal pasti serta disenarai pendek oleh pihak pengurusan skuad.



Thursday, January 15, 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1436H

Hari ini berlangsung majlis Sambutan Maulidurasul peringkat masjid Kampung Setar. Maahad Tahfiz Al Fityan diberi penghormatan bagi menyertai perarakan selawat yang bermula di hadapan Sek. Keb. Kg Setar. Perarakan turut disertai murid-murid dan guru sek.Keb Kg Setar serta penduduk Kg Setar. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah Yan serta disajikan ceramah Maulid oleh penceramah jemputan. Majlis dianjurkan oleh Masjid Kg Setar.