Tuesday, July 19, 2011

Putera Fityan Rangkul Johan Pidato Bahasa Melayu

16 JULAI, Maahad Tahfiz Al-Fityan (FITYAN) dinobatkan johan Pidato Bahasa Melayu Peringkat Negeri Kedah, Piala HESA, anjuran Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama (HESA).

 Pertandingan Pidato Piala HESA yang dihadiri 250 penonton itu diadakan di Maahad Tarbiyah Islamiah, Derang. Buat pertama kalinya pertandingan ini dianjurkan oleh pihak HESA. Bertujuan mencungkil bakat di kalangan pelajar Islam yang bernaung di bawah HESA, sekaligus membuktikan sekolah agama tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak.





Oleh itu, FITYAN yang baru sahaja melangkah dalam tempoh enam bulan, tidak mengecualikan diri daripada pertandinagn ini. Meskipun ruang masa yang padat dengan kelas-kelas hafazan serta kuliyah harian, tidak mematahkan semangat putera FITYAN untuk bersaing dengan sekolah-sekolah agama yang lain.

Tahniah kepada adik Mohd Faizuddin Bin Osman, yang telah mendapat johan di peringkat akhir. Sebelum itu FITYAN  telah melakar sejarah apabila johan Pidato Bahasa Melayu dan tempat ke-empat dalam Pidato Bahasa Arab di peringkat Zon Utara.

FITYAN merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam kejayaan ini. Khususnya Ustaz Mohd Aswad b Anuar, guru Ko-kokurikulum yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing para pelajar FITYAN.

No comments:

Post a Comment