Tahniah diucapkan kepada 5 Huffaz yang telah berjaya menghafaz 30 juzu Al Quran. Tahniah juga kepada penerima - penerima anugerah kecemerlangan sepanjang sesi 2018. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, seramai 21 orang pelajar baru Intake 2019 telah mendaftarkan diri di Maahad Tahfiz Al Fityan pada 16 Disember 2018 kelmarin. Pelajar baru akan menjalani Minggu Silatu Rahim (MSR) selama 2 minggu sebelum bermula persekolahan sesi 2019. Semoga generasi huffaz akan terus berkembang.